Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Perisikan A.S memantau Donald Trump dan pasukan transisinya setelah jutawan hartanah itu berjaya memenangi pilihan raya presiden tahun 2016, kata seorang ahli politik terkemuka Republikan yang berasal dari California. Akan tetapi, menurutnya, pihak perisikan hanya menemui bukti yang kurang bernilai dan tidak relevan di dalam mengaitkan jutawan itu kepada Rusia.
Pengerusi Suruhanjaya Perisikan Dewan pada hari Rabu mengesahkan di dalam sebuah sidang akhbar bahwa maklumat tertentu telah dikumpul secara sah di dalam beberapa kesempatan. Akan tetapi, kebanyakannya bersifat "kebetulan", memiliki nilai yang minimum dan terkadang tidak mempunyai sebarang maklumat yang penting dari aspek perisikan asing.
Pemantauan itu tidak memiliki sebarang hubung kait dengan dakwaan bahawa Rusia memainkan peranan di dalam memastikan kejayaan Donald Trump, tambah Perwakilan GOP (Republikan), Devin Nunes.
"Baru-baru ini saya mengesahkan bahawa di beberapa insiden tertentu, komuniti perisikan (A.S) secara kebetulan mengumpul maklumat berkaitan warga A.S yang terlibat di dalam proses transisi Trump," kata Nunes.
"Tiada satupun daripada pemantauan ini mempunyai hubung kait dengan Rusia ataupun siasatan tentang aktiviti pihak Rusia ataupun berkenaan dengan pasukan Trump."
/315
22 Mac 2017 - 20:20
News ID: 819395
Agensi Perisikan A.S memantau Donald Trump dan pasukan transisinya setelah jutawan hartanah itu berjaya memenangi pilihan raya presiden tahun 2016, kata seorang ahli politik terkemuka Republikan yang berasal dari California. Akan tetapi, menurutnya, pihak perisikan hanya menemui bukti yang kurang bernilai dan tidak relevan di dalam mengaitkan jutawan itu kepada Rusia.